Rasai nikmat berlainan di Restoran berputar Aras

Rasai nikmat berlainan di Restoran berputar Aras

KUALA LUMPUR – Makan sambil lihat panorama ibu kota.

Itu yang mungkin menjadi kenangan kepada pengunjung yang datang ke Restoran berputar Aras di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) di Jalan Bukit Nanas, di sini.

Pengunjung boleh merasai pengalaman berlainan apabila dapat menikmati pelbagai jenis hidangan secara bufet di atas ketinggian 282 meter dari aras tanah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, restoran berkenaan yang sebelum ini ditutup kini telah kembali beroperasi sejak Januari lalu.

Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd, Aemizureen Kamarudin berkata, pengunjung yang datang pastinya teruja selain dapat menggamit kenangan indah jika datang bersama keluarga atau kenalan.

Katanya, tidak sama seperti menikmati makanan di hotel-hotel mewah, apa yang membezakan pengalaman pengunjung makan di restoran itu adalah keunikan pemandangan yang kedudukannya boleh berubah-ubah.

Aemizureen Kamarudin

Bagi yang pernah berkunjung mereka pasti tahu bagaimana situasi berada di dalam restoran yang boleh berputar.

“Berbeza dengan makan di hotel-hotel yang harganya mungkin sama dengan ARAS, di sini pengunjung boleh merasai pandangan yang boleh berubah-ubah kerana restoran yang berputar.

“Pengalaman seperti itu tidak mungkin ada di tempat lain dan ia hanya boleh dirasai di sini,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Menurut Aemizureen, selain dapat makan yang sedap-sedap pengunjung juga dihidangkan dengan halwa telinga menerusi lagu-lagu berirama sentimental yang sememangnya mengusik jiwa.

Sementara itu, Pengurus Jualan Menara KL, Zarith Zakiah berkata, pelbagai jenis makanan secara buffet ada disediakan sama ada untuk makan tengahari, makan makan malam atau minum petang.

Lebih 70 jenis makanan disediakan pada sebelah tengahari, begitu juga pelbagai menu yang pasti menyelerakan untuk minum petang dan makan malam.

Zarith berkata, apa yang menjadi tarikan utama dan sering mendapat perhatian iaitu serawa durian yang dibuat menggunakan buah durian dari jenis Musang King.

Zarith Zakiah

Ujarnya, Restoran ARAS mengenakan harga yang sememangnya berpatutan dan berbaloi. Makan tengahari untuk dewasa pada hari biasa bermula pada RM169 dan RM189 pada hujung minggu (Jumaat sehingga Ahad). Bagi kanak- kanak bermula pada RM99 pada hari biasa dan RM109 pada hujung minggu.

Buat masa ini sehingga hujung bulan Julai, ARAS memberikan promosi sebanyak 20 peratus untuk makan tengahari.

Selain itu, ARAS turut menyediakan hi-tea (minum petang) bermula dari RM89 pada hari biasa dan RM109 pada hujung minggu bagi dewasa. Manakala kanak-kanak RM49 untuk hari biasa dan RM69 pada hujung minggu.

Antara menu makanan yang disediakan oleh Aras di Menara Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 16 JULAI 2024

Bagi makan malam, harga menjamu selera di restoran berputar bermula pada harga RM199 pada hari biasa dan RM249 pada hujung minggu. Kanak-kanak pula boleh menjamu selera untuk makan malam dengan harga RM119 pada hari biasa dan RM149 untuk hujung minggu.

Bagi mendapatkan slot di ARAS, orang ramai boleh membuat tempahan dengan menghubungi 011-2888 2020 atau e-mel kepada [email protected] – MalaysiaGazette