Perempuan dan mekap berpisah tiada. Tak sah kalau keluar sekejap pun tanpa secalit lipstick. Hujung tahun dah nak dekat, masanya untuk jualan akhir tahun, agaknya nak shopping mekap apa?
Sebut je shopping mekap, produk skincare dan wangian, mana lagi yang jadi pilihan kalau bukan Sa Sa?
Pening nak beli apa sebab banyak sangat pilihan? Jom kami recommend 7 item mesti beli Sa Sa untuk jualan akhir tahun kali ni.
Banila Co Covericious White Moisture Cushion SPF50+ PA+++ 14G
Seperti namanya, cushion ini membekalkan kelembapan sambil mencerahkan kulit dengan adanya White Truffle Essence dan Triple Hyaluronic Acid.
Pemakaian cushion ini akan berikan perlindungan sinar UV dengan SPF50+ PA+++ selain kemasan yang glowing seharian.
CYBER COLORS Rosy/Bloom Glow Moist CC Cushion SPF50+ PA+++
Kulit kusam? Cuba cushion ini yang dilengkapi hydra tidak melekit dengan efek concealer sederhana untuk menutup kulit kusam tidak bermaya. Tekstur tidak pekat menghasilkan kulit yang cerah dan glossy yang sihat.
Cushion ini juga berupaya melindungi kulit dari selaran UVA dan UVB dengan SPF50+ PA+++.
Warna beige, pink dan purple bukan saja memberikan litupan, efek glowing dan menyamarkan cela pada wajah. Hasilnya mekap cantik on-point!
Moira Pressed Pigment Palette
Siapa ada masa dan ruang untuk bermacam produk untuk satu look mekap menawan? Lagi-lagi kalau nak travel, banyak betul kena angkut!
Mujur ada Moira Pressed Pigment Palette dengan 16 warna versatil pelbagai fungsi. Leganya, semua pun boleh guna.
Ada warna neutral, orange, brown dan sentuhan shimmer untuk melengkapkan pelbagai look idaman mengikut keinginan dan keperluan masing-masing.
Sesuai untuk travel dan penggunaan harian. Yang penting produk ini bebas kekejaman dan vegan, sesuai untuk pemakaian tahan lama.
MILLEFEE Painting Eyeshadow Palette
Mekap ada seni, wajah adalah kanvasnya. Palette MILLEFEE ini berinspirasikan dari lukisan terkenal dengan warna-warna lembut dan senang disebatikan warnanya.
Palette unik yang wajib dicuba tentunya “Irène Cahen D’Anvers” dan “Woman with a Parasol”. Palette ini menghasilkan look yang lembut, elegan dan playful dengan pilihan palette berkilau.
Tealogy Tea Lash Volume Peptide Mascara
Mekap mata rasa tidak lengkap tanpa maskara. Maskara dari Tealogy ini diperkaya dengan white tea dan peptides untuk memanjang, menggulung dan menguatkan bulu mata.
Applicator berbentuk hourglass memastikan aplikasi sekata dan volume yang menyeluruh. Produk ini juga bebas dari silikon, wangian dan alkohol.
Diuji ophthalmologi, maskara ini selamat untuk mata sensitif dan dirumus dengan bahan vegan.
TOUS Man Spritz EDT 50ML/100ML
Nak hadiahkan wangian untuk pasangan tersayang? Minyak wangi TOUS Man Spritz adalah pilihan paling tepat dengan haruman citrusy, aromatic dan woody.
Top notenya adalah bitter orange, juniper berry, nanas dan limau mandarin. Heart note pula adalah caramel, lavender, geranium dan pink pepper. Manakala base notenya termasuk amber wood, patchouli, Orcanox dan kulit.
Botol haruman ini diinspirasikan seperti gelas dengan minuman di tangan.
Mercedes-Benz for Women Floral Fantasy EDT 60ML
Wangian floral dan fruity untuk wanita moden, berketrampilan dan elegan. Top note untuk haruman ini adalah citrus, gentiana dan blackcurrant.
Heart note pula adalah carrot seeds, blood orange, green tea dan neroli. Base notenya pula adalah cashmere musk, woody dan moss.
Beberapa semburan wangian ini akan menjadikan pemakainya berbau lebih segar, yakin dan vibrant.
Belanja dan menang di Sa Sa
Nak menang pelbagai hadiah menarik dari Sa Sa? Caranya pun mudah je, cuma perlu ikuti beberapa langkah di bawah:
Langkah 1: Belanja RM250 dan ke atas dalam satu resit di Sa Sa untuk menyertai peraduan ini.
Langkah 2: Imbas kod QR yang diberikan selepas membuat pembelian untuk mengesahkan penyertaan.
Hadiah berupa JMoon Rapid Face Lifting Device x 12 dan Ulike Reglow LED Mask x 12 menanti pemenang bertuah.
Bonus, pembeli Ulike akan mendapat 5 penyertaan berbanding hanya 1 penyertaan untuk penyertaan biasa. Produk Ulike boleh didapati di Sa Sa di 26 cawangan seperti berikut:
- Mid Valley
- IOI City Mall
- Pavilion KL
- One Utama
- Mid Valley Southkey
- Gurney Plaza
- City Square Johor
- KK Times Square
- Ipoh Parade
- Sunway Pyramid
- Aeon Bandaraya Melaka
- Selectiv Aeon Tebrau City
- Sunway Carnival Penang
- Queensbay Mall
- AEON Bukit Indah
- The Spring Shopping Mall
- Aeon Bukit Tinggi
- Aeon Seremban 2
- Aeon Kinta City
- Aman Central
- East Coast Mall Kuantan
- Tun Razak Exchange Mall
- KTCC Mall
- Aeon Mall Kota Bahru
- Pavillion Bukit Jalil
- Setia City Mall
Pembelian sebarang produk Ulike akan melayakkan korang menang hadiah tambahan dari Ulike:
4 pemenang akan memenangi Labubu Have A Seat Blindbox setiap seorang.
5 pemenang akan memenangi Next Massage Pillow setiap seorang.
5 pemenang akan memenangi Facial Massager setiap seorang.
6 pemenang akan memenangi Massage Comb setiap seorang.
Layari laman Sa Sa untuk promo dan produk terkini dengan melawati laman web Sa Sa.
Apa tunggu lagi, jom serbu Sa Sa berhampiran korang sekarang. Klik di SINI untuk lokasi Sa Sa terdekat.