Ramanan muka baharu Timbalan Menteri

Ramanan muka baharu Timbalan Menteri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan merupakan antara muka baharu Timbalan Menteri dalam senarai rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, tokoh akademik dan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasan dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama). – UTUSAN

 

Scroll to Top