Ramai terhibur dengan video parodi curang – “Tabah la muka macam Hanafi..”

Ramai terhibur dengan video parodi curang – “Tabah la muka macam Hanafi..”

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita membongkar mengenai kecurangan suaminya dengan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di sebuah daerah di Johor Bahru.

Selepas pendedahan tersebut, perkataan ‘Hanafi sikat tepi’ menjadi bualan warganet di media sosial selain pelbagai video parodi dihasilkan sehingga mengundang gelak tawa ramai.

Begitu juga dengan seorang pengguna aplikasi TikTok, @lizsyazwan apabila memuat naik satu video parodi menggunakan rakaman suara daripada video kejadian berkenaan.

@lizsyazwan

Lelaki tak cukup satu😪

♬ original sound – Muhammad4518 – Dr Hanafi Sikat Tepi

“Ni adik dia pulak, kantoi curang ni..,” tulis @lizsyazwan mengusik lelaki dalam video tersebut yang menjayakan watak sebagai ‘Hanafi’.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan lelaki terbabit kononnya dalam keadaan terpinga-pinga dengan menggaru kepala selepas ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isteri sendiri.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih hampir 870,000 tontonan itu dihujani lebih 2,000 komen warganet yang meluahkan rasa terhibur melihat aksi parodi berkenaan.

Malah, rata-rata mengakui lelaki tersebut kelihatan seiras seperti ‘Hanafi’ atau pelanduk dua serupa apatah lagi memiliki stail rambut seakan-akan sama.

Menurut laporan media semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu yang membabitkan etika penjawat awam.

Sumber: Twitter , TikTok @lizsyazwan