Ramai tergelak lihat isteri selamba tahan suami tengah ‘race’ suruh balik rumah

Ramai tergelak lihat isteri selamba tahan suami tengah ‘race’ suruh balik rumah

Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri. Namun, kaum lelaki dilihat lebih banyak hobinya dan rata-rata bersifat outdoor. 

Biasanya tiada siapa pun menghalang mereka untuk melakukan hobi walaupun sudah berumah tangga asalkan kehidupan berkeluarga tetap menjadi keutamaan.

Namun, jika sudah mulai leka dan terlalu banyak menghabiskan masa diluar, para isteri juga akan mulai geram. Tak salah rasanya untuk menegur serta memberi peringatan kepada suami asalkan masing-masing faham dengan situasi berkenaan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Bojer.90 apabila memuat naik video dipanggil balik oleh isteri ketika sedang ‘asyik’ melayan race di gelanggang motocross.

@bojer.90

Pantang Mundur Kecuali Operasi 🤣 #rodang2 #mmxclub #mmx #motocross

♬ original sound – Bojer90 – Bojer90

Isterinya dengan santai membawa sebatang kayu dan bergerak di tengah gelanggang untuk memberhentikan suaminya yang sedang ‘berjuang’ mengikuti perlumbaan bersama penunggang motocross yang lain.

Situasi lucu berkenaan berjaya dirakam dan dimuat naik oleh @bojer.90 dengan menulis kapsyen berseloroh “pantang mundur kecuali operasi”.

Dia juga menjelaskan bahawa isteri memanggilnya pulang berikutan hari semakin senja dan sudah mahu masuk waktu magrib. Pemuda itu turut dilihat memboncengkan isterinya menaiki motor tersebut menuju ke rumah mereka.

Perkongsian berkenaan telah ditonton lebih dari sejuta viewers kurang dari 8 jam ia di muat naik. Rata-rata warganet berasa terhibur melihat keletah suami isteri itu yang membuatkan mereka yang sedang lepak di gelanggang tersebut ketawa.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang respect dengan tindakan pengguna TikTok berkenaan kerana tetap mengikut kata isteri untuk pulang walaupun race belum habis lagi.

Siapa tak sayang bini kan?

 

Sumber: TikTok @bojer.90

 

Scroll to Top