Ramai Sebak Dengan Pesanan Datuk Red Buat Adira Suhaimi | Oh! Media

Ramai Sebak Dengan Pesanan Datuk Red Buat Adira Suhaimi | Oh! Media

Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red meluahkan rasa syukur dan terharu apabila bekas isterinya, Adira Suhaimi sudi meraikan ulang tahunnya yang ke-47 bersama anak-anak mereka.

Menerusi Tiktok, pempengaruh itu ada berkongsi satu video di menunjukkan suasana dinsekitar majlis yang kelihatan mesra bersama 10 orang anaknya.

Katanya, sambutan kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya di mana dia hanya meraikan ulang tahun seorang diri di dalam kereta.

Datuk Red titip doa dan penghargaan buat Adira

@dato..red

Allhamdullilah hanya Allah la percaturan terbaik.tq peng asbabnya @Adira Suhaimi mnhabiskan wang,tenaga dan usaha tuk mnjayakn hari kelahiran sya.untuk adira sya dh x de kata2 tuk awak.kegembiraan sya dpt kumpulkn 10 ank2 sya dan berjumpa ngan adik beradik sya nikmat yg lama sya impikan.beebeza ngan thn lepas hanya sya seorang di dlm kereta.dan tak lupa sahabat2 sya d tiktok yg tak henti2 ucapkn swlamat ulang tahun.sya beedoa d akhirat nanti kita berjumpa.dan akhir sekli buat adira.andai kita tak ada jodoh n usia saya singkat.sya doakn awak bahgia dan beejaya dgn anak2 🤝❤️🕊️

♬ original sound – bigboss – bigboss

Bukan tu jer, Datuk Red juga turut berterima kasih kepada Adira yang sanggup mengeluarkan wang, tenaga, dan usaha untuk menjayakan sambutan itu.

Alhamdulillah, hanya Allah la percaturan terbaik. Terima kasih peng, asbabnya Adira Suhaimi menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.

Dirinya turut mendoakan Adira menemui kebahagiaan abadi, sekiranya mereka tidak ditakdirkan untuk kembali bersama.

Andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak.

Netizen sebak, Adira nafi akan rujuk semula

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang meluahkan rasa sebak melihat hubungan baik antara Datuk Red dan Adira meskipun sudah berpisah.

Sebelum ini, Adira pernah menjelaskan bahawa dia dan Datuk Red tidak mempunyai perancangan untuk kembali rujuk selepas Aidilfitri, seperti yang hangat diperkatakan sejak penghujung tahun lalu.

#ApaKataOhmedia

Perpisahan bukanlah penghalang untuk terus berbuat baik dan menjaga hubungan baik demi anak-anak. Semoga kisah ini menjadi pengajaran bahawa kematangan dalam perpisahan mampu membawa kebahagiaan untuk semua pihak.


Scroll to Top