Ramai puji tindakan seorang suami yang ajar isteri mualaf pertama kali tunai solat selepas sah berumah tangga.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai jasmani95, dia telah memuat naik video ketika membantu mengajar isterinya menunaikan solat untuk pertama kali.
Suami ajar isteri mualaf solat
Dapat dilihat isterinya berdiri di samping lelaki berkenaan sambil memakai telekung dan melakukan gerakan seperti yang ditunjukkan.
Penggguna TikTok tersebut turut beberapa kali memperbetulkan pergerakan isterinya sewaktu melakukan rukun-rukun yang perlu ada dalam ibadah berkenaan.
Ajar isteri mualaf solat siap dengan buku panduan
Dia juga dilihat memegang sebuah buku yang mengandungi panduan mengerjakan solat sewaktu mengajar isterinya mendirikan tiang agama itu.
Artikel lain: Didakwah anak sendiri, wanita berusia 101 tahun terbuka hati peluk Islam
Sebak tonton konten macam ni
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji usaha suaminya untuk membantu isteri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Ada juga di antara mereka yang merupakan seorang mualaf turut sama menceritakan kisah diawal-awal sewaktu memeluk agama Islam.
Ramai kongsi kisah hampir sama
Lelaki yang bertanggungjawab bimbing isteri
Faham je struggle seorang mualaf
Semoga urusan semua dipermudah
Usaha suami wanita terbabit seharusnya dipuji kerana menekankan ilmu agama kepada isteri dan tidak mengabaikan tanggungjawab membimbing isteri selepas sah mendirikan rumah tangga.
Sumber: TikTok jasmani95