Ramai puji Ryan Bakery & Hafiz Mahamad, hargai isteri ketika menang ‘award’

Ramai puji Ryan Bakery & Hafiz Mahamad, hargai isteri ketika menang ‘award’

Dalam pelbagai kontroversi melibatkan selebriti curang dan menduakan isteri, masih ada yang menghargai pasangan lebih-lebih lagi apabila terkenangkan susah payah mereka bersama-sama sewaktu berada di bawah.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh dua influencer terkenal, Hafiz Mahamad dan Ryan Bakery baru-baru ini telah membuatkan netizen berasa terharu kerana melihat penghargaan yang dibuat mereka kepada isteri masing-masing.

Menerusi perkongsian dari Hafiz, dia telah memuat naik video sewaktu memenangi Digital Influencer Tergempak dan Anugerah Khas Gempak Most Wanted pada malam Anugerah Gempak Most Wanted tempoh hari dan menceritakan apa yang diperkatakan isteri sebelum pergi ke anugerah tersebut.

@hafizmahamad

Isteriku, terima kasih tumpangkan kehebatanmu. @Syafiqah Aina Sahabatku, terima kasih menjadi sahabat yg terbaik walaupun kita hanya bersahabat di soc media 💙

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Dia sangat berterima kasih kepada isteri tercinta Syafiqah Aina yang sentiasa ada sejak diawal karier sehingga sekarang dan mengakui apa yang diperoleh ketika ini hanyalah menumpang rezeki isteri.

Perkara sama turut dilakukan oleh Ryan Bakery yang mana dinobatkan sebagai Content Creator Tergempak dan tak malu mengakui bahawa isterinyalah yang banyak mengeluarkan modal sewaktu dia ingin membuat video di awal kemunculan dahulu.

Dia juga menyatakan yang isterinya, Eylia Ibrahim sanggup ‘memberi pinjam nama’ untuk membolehkan mereka membeli kereta yang digunakan sekarang.

@f8buzz

Menangis dengan kemenangan @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 , rupanya isteri jadi tulang belakang sejak sebelum berkahwin lagi #ryanbakery #gempakmostwanted2022 #f8buzz

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Kenyataan mereka yang mengatakan tak segan mengakui bahawa menumpang rezeki isteri telah mendapat pujian ramai kerana meletakkan wanita istimewa dalam hidup masing-masing di satu tempat yang tinggi.

Selain dari isteri, mereka juga mengakui bahawa ahli keluarga dan sahabat handai adalah tulang belakang kejayaan mereka dan sangat menghargai semua yang telah dilakukan sehingga usaha keras masing-masing dilihat banyak pihak.

Sumber: TikTok f8buzz, Hafiz Mahamad

 

 

Scroll to Top