Gaji perlu setimpal dengan tugas dilakukan. Lebih-lebih lagi kerja yang disifatkan βekstremβ terutama melibatkan nyawa di atas jalan raya, sudah tentu memerlukan pendapatan lumayan!
Baru-baru ini, seorang lelaki menggunakan nama @madrizz_official di aplikasi TikTok berkongsi satu video kepada pengikutnya mengenai jumlah gaji yang diterima sebagai pemandu lori.
Menurut lelaki itu, dia tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk pendapatan diterima sebaliknya sekadar menjawab persoalan yang paling banyak ditanya dalam kalangan netizen.
@madrizz_official Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima π #fypchallenge #fyppage #fypγ· #fyp #fypage #masukberanda
βBukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yang paling banyak saya terima,βΒ tulisnya di ruangan kapsyen.
Berdasarkan rakaman berdurasi 45 saat itu, @madrizz_official berkata dia menerima gaji kasar sebanyak RM8,883,96 sekali gus memperincikan setiap maklumat pada penyata gaji berkenaan.
βBasic RM1,100, kemudian overtime (OT) kalau ada kerja hari Ahad atau cuti umum. Seterusnya komisyen trip RM7,463. Gaji kasar RM8,883.
βLepas tu jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) RM774, potongan RM1,032 daripada majikan dan pinjaman selama sebulan RM1,490.
βAkhir sekali, gaji bersih yang kita terima. RM6,215. Okay lepas ni jangan tanya pasal gaji lagi ye,βΒ katanya dalam video tersebut.
@madrizz_official asal buka tiktok lagu ni je trus #masukberanda #fypage #fyp #fypγ· #fyppage #fypchallenge
Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih 2.8 juta tontonan itu dipenuhi lebih 5,000 komen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung gaji diterimanya.
Rata-rata netizen mengatakan gaji diterima pemandu lori tersebut adalah setimpal dengan kepenatannya apatah lagi berdepan risiko di atas jalan raya.
Sumber: TikTok @madrizz_official