Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada seorang dan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam.
Bagaimanapun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih mengundang perhatian warganet kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.
Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad SAW, ahli perniagaan berusia 39 tahun juga tidak terlepas daripada kata-kata ‘jahat’ warganet yang mengutuk imej tersebut.
Geli pula tengok janggut laki heliza 😅
— فاطمة الزهراء™ (@zara_alaydrus) January 1, 2022
Alhamdulillah heliza dah kahwin…tapi janggut suami dia…seram…
— cupiya (@sufisticatedb) January 1, 2022
Jenuh jugak Heliza kahwin dengan laki tu. Nak kena iron baju pagi2. Dah settle, kena iron janggut pulak
— Nazanto 🏴 (@nazanto) January 2, 2022
Gelilah tgk Heliza Helmi kawin dgn si janggut tu likee i cannot haahhahaha why him heliza why 🤣🤣🤣🤣 Kaya xdak rupa x guna jugak janggut rebonding nak p mana
— NakLuahSikit (@LuahSikit) January 1, 2022
Menerusi ciapan di laman Twitter, beberapa indivu dipercayai kurang gemar bagi melihat imej ahli perniagaan itu selain dituduh tidak secocok dengan Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja.
Sementara itu, menerusi satu video di akaun TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.
@produk.muslim.bmf Reply to @zura.zaidi doakan mereka. credit video : misiviral media
Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir membidas semula kutukan tersebut. Namun tidak kurang ada juga yang berterusan mempersoalkan imej Mahadi.
Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Sumber: Twitter , TikTok @produk.muslim.bmf , Instagram Aqo Imran & Arkadiusgift & PWB HQ