Ramai kata seiras, Azrinaz Mazhar kagum dengan kecantikan Puteri Ameerah

Ramai kata seiras, Azrinaz Mazhar kagum dengan kecantikan Puteri Ameerah

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim telah meluahkan rasa kagum apabila cahaya matanya bersama bekas suami, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah membesar menjadi seorang gadis yang cukup cantik.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Azrinaz di media sosialnya apabila memuat naik beberapa keping gambar Puteri Ameerah yang sudah meningkat dewasa apabila kini sudah berusia 15 tahun.

Menerusi hantaran tersebut di Instagram, beliau menyatakan yang gambar anakandanya telah tular sejak beberapa hari kebelakangan ini dan Azrinaz juga telah memuat naik semula video yang diperoleh dari media sosial selepas ramai yang meninggalkan komen serta direct message (DM) kepadanya.

Tambahnya lagi, ramai juga yang mengatakan Puteri Ameerah dan Azrinaz hampir mirip setelah baginda semakin meningkat remaja.

Isteri kepada  Feroz Khan Abdul Hamid ini juga turut memuji kecantikan dan penampilan anakandanya yang cukup ‘simple’ namun tetap kelihatan elegan.

Gambar awak telah tular sejak beberapa hari lalu. Saya menerima banyak ‘direct messages’ dan tag.
Ramai yang kata kita seiras, keanggunan dan kecantikan kamu sungguh mempersonakan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tanggapan tersebut lebih-lebih lagi melihat wajah terkini Puteri Ameerah.

 

Untuk rekod, Azrinaz Mazhar Hakim  pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sekitar tahun 2005, namun telah berpisah pada tahun 2010.

Hasil perkongsian hidup, bekas wartawan penyiaran berkenaan telah melahirkan dua orang cahaya mata iaitu  Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah.

Sekitar tahun 2018, beliau kembali bergelar isteri apabila bernikah dengan seorang usahawan dan dikuriakan dua orang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

 

Scroll to Top