Setiap guru pasti mahukan yang terbaik buat semua pelajarnya. Lebih-lebih lagi guru pendidikan khas yang memegang tanggungjawab cukup besar untuk memberi ilmu dan pengalaman sewajarnya untuk anak-anak istimewa.
Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai @danialsyazimi telah memuat naik kembali satu video memperlihatkan usaha seorang guru yang melakukan inovasi untuk membolehkan muridnya yang mengalami kecacatan penglihatan untuk sama-sama merasai berlari.
This is Cikgu Azam. student dia ni full blind (B1). blind people nak lari kita kena guide by pegang tali / pegang tangan. tapi cikgu azam ni buat inovasi untuk anak murid dia senang lari. blessed ❤️ pic.twitter.com/qx0NkpA5JR
— danial (@danialshazimi) September 2, 2021
Menerusi TikTok guru tersebut yang menggunakan nama akaun @cguazam, dia memberitahu inovasi berkenaan adalah untuk pelajarnya yang mengalami full blind (B1).
Jika kebiasaannya untuk membantu mereka memerlukan kita memegang tangan atau pun tali, kini dia mencipta satu alat seperti troli pasaraya membolehkan kita mengendali pelajar tersebut ketika berlari.
@cguazam Ramai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.
Dalam satu perkongsian yang lain pula, dapat dilihat video Cikgu Azam berlari sambil menolak troli tersebut bersama pelajarnya ketika acara larian terbuka dilakukan pada tahun lalu sebelum berlakunya pandemik.
@cguazam This is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu
Dia juga turut memuat naik perjalanan sepanjang proses menyiapkan troli berkenaan yang pastinya membuatkan ramai terharu dengan usaha gigihnya serta guru-guru pengiring yang lain.
@cguazam Balas kepada @damiabakery Rasa sangat bersalah pa bila ramai yg menangis.xberniat nk buat mcm tu.maaf..cikgu kongsikan video yg ceria sikit
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kegigihan guru terbabit yang memikirkan tentang kebahagian anak muridnya.
Mereka juga memuji tindakan murni Cikgu Azam dan guru-guru yang lain apabila sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.
Sumber: Twitter @danialsyazimi, TikTok @cguazam