Tudung keluaran pelakon cantik, Nur Fazura sebelum ini pernah tular dan ‘sold out’ dalam masa beberapa jam sahaja selepas dikeluarkan kerana menawarkan harga yang sangat berpatutan.
Selebriti itu juga kini sering membuat video di Instagram mempromosikan jenama tudung dan cara pemakaian yang sering digayakan bagi tatapan para peminat.
Dalam salah satu perkongsian semula warganet di aplikasi TikTok, Fazura dilihat tiba-tiba sahaja sebak apabila terpandang seorang wanita yang memakai tudung jenama keluarannya ketika membuat live di Instagram.
Dia yang ketika itu sedang melakukan tutorial tudung berteriak sebelum terdiam sebentar dan mengakui sangat terharu dengan apa yang dilihat olehnya.
@fazurafave dah bergenang air mata 🥺 #fazura #tudungfazura #tudungbawal
Perkongsian yang dibuat akaun TikTok @fazurafave itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas sehari dimuat naik.
Rata-rata warganet telah meninggalkan komen memberi respon apabila melihat reaksi Fazura yang terharu apabila produknya digunakan oleh orang awam. Mereka juga sempat memuji isteri kepada aktor Fattah Amin itu yang berniaga dengan ikhlas agar semua wanita yang berhijab dapat menggayakan tudung keluarannya.
Sumber: TikTok @fazurafave