Rakyat Singapura Kedekut Bayar Saman Trafik Di Malaysia, Tunggakan Cecah RM3.5 Juta | Oh! Media

Rakyat Singapura Kedekut Bayar Saman Trafik Di Malaysia, Tunggakan Cecah RM3.5 Juta | Oh! Media

Rakyat Singapura dilaporkan berhutang sebanyak RM3.5 juta akibat tunggakan saman trafik di Malaysia. Berdasarkan rekod, ramai pemandu dari negara jiran ini enggan melangsaikan saman trafik yang diterima ketika berada di Malaysia.

Kebanyakan saman yang dikeluarkan adalah berkaitan kesalahan memandu laju, melanggar lampu isyarat, dan menggunakan lorong kecemasan. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk mendesak mereka membayar, ramai masih berdegil.

Berdasarkan laporan, sebanyak 35,011 saman tertunggak iaitu bernilai RM3.5 juta yang masih belum dibayar yang direkodkan sejak 1990 hingga Jun 2024.

Jumlah saman terkumpul bagi pemandu asing dari negara Singapura, Brunei dan Thailand pula dianggarkan sebanyak RM4 bilion. Wah, kalau jumlah ini dapat dikutip, dah lama Malaysia kaya, kah!

Dengan jumlah tunggakan saman trafik yang semakin meningkat, pihak berkuasa Malaysia kini lebih serius untuk menangani masalah ini.

Mereka berharap tindakan lebih tegas dapat diambil bagi memastikan pemandu Singapura mematuhi undang-undang jalan raya dan melunaskan saman mereka.


Scroll to Top