Tindakan rakan laung azan sebagai usaha ketika mencari seorang influencer yang hilang dalam hutan di Indonesia telah membuahkan hasil apabila gadis berkenaan berjaya ditemui.
Memetik laporan dari Mstar, rakan kepada Nur Syafiqah atau Eyka, 22 iaitu Arasz Abdullah, 35 memaklumkan yang dia melaungkan azan sebelum hatinya tergerak untuk melihat lorong kecil di kawasan pencarian tersebut.
Rakan laung azan, baru Eyka ditemui di pondok kecil
Jelasnya, Eyka ditemui kira-kira 200 meter dari tempat dia dipercayai hilang dalam keadaan lemah dan terbaring selepas rakan laung azan.
Dia mendakwa menjumpai influencer itu agak jauh dan tersorok memandangkan laluan tersebut agak kecil.
“Saya jumpa dia di kawasan agak jauh dari tempat dia hilang di bawah pondok kecil, dia terbaring di sekitar semak di situ.
“Dia macam tersorok di situ, laluan agak kecil untuk ke kawasan itu tapi sejak semalam kami sudah cari di situ memang tidak jumpa,” katanya.
Artikel lain: Buat konten paranormal dalam hutan Indonesia, influencer Malaysia dilaporkan hilang
Rakan laung azan, jumpa Eyka dalam keadaan lemah
Ujar Arasz lagi, Eyka ditemui dalam keadaan lemah dan ada kesan bengkak di wajah serta kepala seperti dipukul serta tidak mampu untuk bercakap dipercayai kerana terlalu letih.
Difahamkan, influencer berkenaan telah diberikan rawatan dan kondisinya cukup lemah kerana mungkin disebabkan letih dan kelaparan.
“Dia memang lemah, muka dan kepala dia sedikit bengkak macam kena pukul. Dia pun tak boleh bercakap sekarang kerana terlalu lemah.
“Sekarang ini dia sedang dapat rawatan di hospital berhampiran, kami tidak dapat jumpa dia lagi kerana dijaga oleh rakan-rakan perempuan yang lain,” ujarnya lagi.
Keluarga Eyka sudah diberitahu tentang penemuannya
Arasz yang turut berkongsi detik-detik penemuan Eyka di TikTok miliknya menyatakan bahawa keluarga gadis terbabit sudah dimaklumkan dan mereka menzahirkan rasa syukur serta lega selepas anak mereka ditemui.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan kerana memberikan bantuan sehingga Eyka berjaya ditemui dengan selamat.
“Alhamdulillah pihak keluarga Eyka sudah tahu berita ini dan mereka lega anak mereka selamat.
“Kami juga berterima kasih kepada semua penduduk, rakan di sini dan pihak polis yang sama-sama membantu mencari Eyka selama beberapa hari ini,” ujarnya.
Terdahulu, seorang influencer dari Malaysia telah dilaporkan hilang dalam hutan di Bandung, Indonesia sewaktu melakukan aktiviti paranormal sejak tiga hari yang lalu.
Sumber: Mstar (Maszuhairi Sarimin), TikTok unclesteady