Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan aksi berbahaya seorang wanita berbaju kurung hijau cair yang sedang berbaring di atas riba pemandu lelaki dalam sebuah kereta yang sedang bergerak.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata mengundang perhatian ramai, termasuklah seorang konsultan keselamatan yang tidak teragak-agak memberi teguran pedas terhadap perbuatan tersebut.
Konsultan keselamatan tampil ‘sekolahkan’ aksi bahaya wanita baring atas riba
Menerusi video reaksinya, lelaki tersebut dengan sinis menunjukkan beberapa peralatan kecemasan dalam ambulans seperti spinal board, cervical collar, dan stretcher, sambil memerli wanita itu jika berlaku sebarang kemalangan.
Okay untuk akak, yang ni skop strecher pasti pakai. Spinal board dan juga cervical collar… Tak kisahlah sama ada awak tersangkut dalam kereta atau pun tercampak keluar okay?
Katanya lagi, risiko wanita tersebut tercampak keluar adalah tinggi kerana dilihat tidak memakai tali pinggang keledar.
Tapi lagi senang kalau tercampak keluarlah sebab nampak tak pakai tali pinggang keledar, kan?
Netizen setuju dan minta orang ramai lebih prihatin

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan teguran tersebut dan menganggap ia satu peringatan berguna untuk semua.
Kita bukan doakan benda buruk, tapi ini kenyataan. Kalau sayang nyawa, tolong jangan buat aksi macam ni.
Romantik sangat sampai sanggup gadai keselamatan. Nanti menyesal pun dah tak guna.