latifah@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya pembentukan kerajaan yang stabil dibuat secepat mungkin selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata penelitian dan pemerhatian secara lebih mendalam dilakukan menerusi surat akuan dan pengesahan ketika sesi menghadap secara fizikal dan maya oleh setiap Ahli Dewan Rakyat.
“Seri Paduka turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama baginda mendoakan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd