Pelakon Fizo Omar jadi saksi isteri habiskan degree disamping luah rasa bangga terhadap Fazeera Nazri atas kejayaannya mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (HONS) di Universiti Antarabangsa UNITAR.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fizo telah memuat naik video memaparkan dia bersama ibunya menghadiri Hari Konvokesyen UNITAR bagi menyambut kejayaan isterinya.
Fizo Omar saksi usaha isteri habiskan degree
Instagram will load in the frontend.
Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, dia telah menyaksikan bagaimana isterinya menghadapi pelbagai cabaran sepanjang melanjutkan pengajiannya, termasuk kehamilan dan menjaga anak mereka.
“Saya adalah saksi terhadap perjuangan isteri saya untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan. Dia meneruskan pengajian sebelum kahwin lagi, sejak 2021.
“Lepas kahwin je, rezeki terus dapat anak. Habis pantang, terus hamil anak kedua pula. Sambil berpantang, jaga anak kecil lagi, mengandung lagi dan sambil itu bekerja pula.
“Dengan assignment, kelasnya lagi. Peperiksaan tak habis-habis, tapi dia berjaya dan dah buktikan. Berjaya dapat Dekan Kelas Pertama. Tahniah sayang, kami sangat bangga dengan awak,” katanya.
Dalam pada itu, Fizo turut mendedahkan isterinya akan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana selepas Fazeera menerima tawaran pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“All the best to you, bakal Dr Fazeera” ujarnya.
Sementara itu, Fazeera turut memuat naik beberapa foto pada hari konvokesyennya disamping turut meluah rasa kesyukurannya kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (HONS).
Fazeera turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya termasuk Fizo, ibu mertua dan kedua ibu bapanya yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada dirinya.
Instagram will load in the frontend.
“Alhamdulillah, selepas beberapa tahun menghadapi pelbagai cabaran. Secara peribadinya, saya rasa agak lewat untuk saya dapatkan ijazah sarjana muda, tapi sekarang saya rasa tiada siapa yang terlambat untuk ambil tindakan.
“Terima kasih kepada suami saya dan ibu mertua saya atas sokongan penuh kalian yang mendorong saya untuk mencapai kejayaan ini.
“Terima kasih juga untuk ibu bapa saya yang menyokong saya dari jauh. Doa dan nasihat ibu dan ayah sentiasa membuatkan saya untuk terus berjalan ke hadapan,” katanya.
Sebelum ini, Fazeera pernah berkongsi dia telah berjaya menamatkan pengajiannya pada bulan Oktober lalu dengan keputusan yang cukup membanggakan.
Pada masa yang sama, Fazeera turut mengumumkan dia bakal menjadi pensyarah TESL di sebuah universiti swasta disamping bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana pada tahun 2025.
Sekadar info, pelakon Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021 dan pasangan itu telah dikurniakan dua pasang cahaya mata.
Sumber: Instagram Fizo Omar & Fezyra Nesry