Rahang ‘jantan’ jadi kegilaan, Mierul Aiman bersyukur punya aset istimewa

Rahang ‘jantan’ jadi kegilaan, Mierul Aiman bersyukur punya aset istimewa

Drama bersiri Projek High Council yang sedang hangat ditayangkan di saluran Astro telah mendapat perhatian ramai apabila dipuji menarik serta ‘keluar’ dari kebiasaan drama tempatan.

Ia sekali gus menaikkan nama pelakon-pelakon muda tersebut dimana masing-masing mulai menjadi ‘kegilaan’ ramai terutamanya kaum wanita.

Salah seorang yang menjadi perhatian adalah pelakon utama drama tersebut, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman yang memegang watak Nur Fakhri Firdaus Ismet.

Memetik laporan yang dikongsi Kosmo! Mierul akui sangat bersyukur selepas namanya mulai dikenali dalam industri seni disebabkan drama berkisar kehidupan pelajar sekolah berasrama penuh.

“Tidak mahu mendabik dada tetapi bersyukur dengan semua pujian ramai mengenai lakonan saya.
“Kerja keras yang diletakkan dalam setiap lakonan akhirnya membuahkan hasil dan membuktikan setiap mimpi pasti akan direalisasikan Tuhan. Cuma perlu bersabar serta terus berdoa,” katanya.

Dalam pada itu, sosok wajahnya yang mempunyai rahang jantan telah membuatkan ramai wanita luluh dengan keistimewaan yang ada padanya.

Dia juga menerima pelbagai komen dan gurauan dari peminat yang ‘bercerita’ tentang fizikalnya.

“Sebagai seorang pelakon, saya mengamalkan prinsip menerima apa sahaja gurauan, komen dan kritikan daripada peminat.
“Rasa lucu juga rahang saya jadi perhatian tetapi itulah fizikal sebenar saya. Saya bangga dengan aset tersebut,” ujarnya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Selangor itu juga mengakui sangat menghargai sokongan peminat lebih-lebih lagi ketika ada segelintir yang menyunting video koleksi fotonya dan dimuat naik ke media sosial.

“Saya sangat hargai, semua itu satu perkara yang sangat berharga untuk saya. Tanpa mereka mungkin saya tidak berada di posisi sekaran,” tuturnya lagi.

Mierul Aiman yang juga merupakan juara Hero Remaja 2021 telah bergandingan bersama juara Hero Remaja 2020 telah bergandingan dalam drama Projek High Council bersama beberapa lagi bekas peserta Hero Remaja yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ria.

Drama tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila menampilkan pelakon-pelakon muda dan kacak serta mengetengahkan jalan cerita yang cukup menarik untuk tontonan anak muda.

Sumber: Kosmo! (Nur Emira Saizali)

Scroll to Top