Selepas pulang dari umrah, Puteri Sarah Liyana dilihat tidak duduk diam apabila terus memulakan kerja-kerjanya yang perlu diselesaikan.
Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon itu ruangan Insta Story, dia telah memohon maaf kepada peminatnya yang berada di Singapura kerana tidak dapat bertemu pada hari ini seperti dijadualkan memandangkan dirinya dimasukkan ke hospital.
Melalui kapsyen yang ditinggalkan bersama gambar dengan tiup terlekat di tangan, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada beberapa lagi pihak kerana terpaksa membatalkan kerja-kerja yang sudah dijadualkan.
“Akhirnya Sarah tumbang juga. Saya perlukan rehat dan perlu dipantau oleh doktor, InsyaaAllah apabila sihat Sarah akan bekerja semula. In Sya Allah kepada semua peminat Sarah di Singapura, kita akan bertemu di lain masa. Doakan Sarah. Saya sayang semua,” tulisnya.
Untuk rekod, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai.
Dia yang sedang hangat diperkatakan berhubung isu rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof kerap menjadi sorotan apabila ramai yang ingin tahu perkembangan wanita hebat ini.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana