Puteri Sarah Dedah Sesuatu Mengenai Bella Astillah Dan Syed Saddiq | Oh! Media

Puteri Sarah Dedah Sesuatu Mengenai Bella Astillah Dan Syed Saddiq | Oh! Media

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa gembira jika benar sahabat baiknya, Bella Astillah, sudah menemui jodoh baru selepas pelbagai kontroversi melanda rumah tangganya sebelum ini.

Puteri Sarah mahukan yang terbaikĀ 

puteri sarah

Menurut laporan Oh Bulan, Puteri Sarah hanya mahukan yang terbaik buat Bella dan tidak mahu melihatnya terus bersedih.

Saya lihat mereka berkawan dan jika hubungan ini serius, saya sangat gembira. Saya mahu Bella hidup bahagia dan tidak lagi bersedih

Syed Saddiq beri aura positif kepada Bella Astillah

Bella Astillah Syed Saddiq

Ketika ditanya mengenai hubungan Bella dengan Syed Saddiq, Puteri Sarah enggan masuk campur tetapi mengakui bahawa ahli politik itu membawa aura yang positif kepada sahabatnya itu.

Hendak sibuk bertanya (tentang Syed Saddiq) itu memang tidak sebab saya bukan jenis bertanya perkara peribadi tetapi kita doakan sahaja buat mereka. Kalau ada jodoh itu, insya-Allah adalah.

Menurutnya lagi, Syed Saddiq bukan sahaja memberi pengaruh positif kepada Bella, tetapi juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya.

#ApaKataOhmedia

Jodoh adalah rahsia Tuhan. Yang penting, kita doakan yang terbaik untuk sahabat kita agar mereka menemui kebahagiaan yang sejati.


Scroll to Top