Puteri Sarah cantik bagai ‘princess’, baju putih lambang nafas baharu

Puteri Sarah cantik bagai ‘princess’, baju putih lambang nafas baharu

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kira-kira jam 9.20 pagi, hari ini bagi proses lafaz cerai.

Aktres berusia 38 tahun itu hadir dengan mengenakan busana serba putih seperti pengantin baharu selain kelihatan cantik seperti seorang puteri raja.

“Sarah hari ini macam princess. Of course la baju baru hari ini. Baju ini saya baru beli.
“Saya hari ini macam fashion show, tapi ini bukan baju nikah ya. Baju barulah, vogue hari ini,”ujarnya.

Sarah sewaktu ditanya media mengenai warna busana yang dipakainya berkata, ia adalah sebagai tanda permulaan hidup baharu.

Selain itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya menganggap pemakaian berwarna hitam ke mahkamah seolah-olah berada dalam situasi tertekan.

“Selalu orang pergi mahkamah pakai baju hitam, sangat depresi. Tapi saya gembira. Putih melambangkan hidup baharu,”ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga berharap agar suaminya, Syamsul Yusof tidak bertukar fikiran dan proses lafaz cerai akan berjalan dengan lancar.

“Saya harap memang akan dilepaskan. Semoga hari ini dilepaskan sebagai kehidupan saya baru bermula,”luahnya.

Puteri Sarah juga berharap agar segala kemelut yang berlaku antaranya dan suami dapat diselesaikan dengan baik.

“Harap tiada lagi pergaduhan atau rasa tidak puas hati. Saya nak selesaikan semua hari ini. Semoga dia tidak bertukar fikiran pula,”kata Puteri Sarah.

Terdahulu, Syamsul Yusof bersetuju untuk melafazkan talak terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dan perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Ia diberitahu selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod,  Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: Ohbulan (Shahrin), mStar

Scroll to Top