Pusat seleweng LPG hampir RM900,000 diserbu

Pusat seleweng LPG hampir RM900,000 diserbu

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini menyerbu sebuah stor di Ulu Tiram yang dijadikan pusat penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) membabitkan rampasan bernilai RM860,000.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dalam serbuan semalam tiada  tangkapan dilakukan kerana tiada individu berada di premis tersebut.

“Pemeriksaan di premis menemukan sebuah lori tangki mengandungi 24,724 kilogram (kg) LPG serta 1,743 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kg dengan nilai keseluruhan RM860,000.

“Siasatan awal mendapati stor tersebut telah dijadikan pusat aktiviti pemindahan gas dari tong berkapasiti 14 kg bersubsidi ke lori tangki untuk tujuan penyelewengan atau ‘decanting’,” katanya di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. – UTUSAN

Scroll to Top