Puluhan ribu rakyat New Zealand bantah RUU hak Maori

Puluhan ribu rakyat New Zealand bantah RUU hak Maori

– Advertisement –

WELLINGTON: Hampir 42,000 rakyat New Zealand berhimpun di luar bangunan Parlimen negara itu pada Selasa bagi mengadakan demonstrasi membantah Rang Undang-Undang (RUU) yang dikatakan akan menjejaskan hak suku Maori.

– Advertisement –

Demonstrasi dikenali sebagai ‘hikoi’ itu bermula di utara New Zealand dan dijadualkan akan berlangsung selama sembilan hari, bertujuan untuk menyeru penggubal undang-undang menolak RUU Treaty Principles yang diperkenalkan awal bulan ini oleh parti ACT.

RUU berkenaan dikatakan bertujuan untuk menarik balik dasar menyebelahi suku Maori, yang membentuk kira-kira 20 peratus daripada 5.3 juta penduduk, tetapi mempunyai tahap kesihatan lebih rendah berbanding populasi lain.

“Ia berbeza dengan zaman ketika saya kanak-kanak. Kami lebih kuat sekarang, anak-anak kami lebih kuat sekarang, mereka tahu siapa mereka, mereka bangga dengan siapa mereka,” kata Shanell Bob yang menyertai demonstrasi itu.

Orang ramai menyertai demonstrasi berkenaan telah hadir ke Wellington dengan hanya berjalan kaki, sementara ada yang hadir dengan menaiki kereta.

Parlimen New Zealand ketika ini cuba untuk mentafsir semula Perjanjian Waitangi yang berusia 184 tahun, sebuah perjanjian yang memberikan hak kepada suku Maori.

Iaitu untuk suku Maori mengekalkan tanah mereka dan melindungi kepentingan mereka sebagai balasan untuk menyerahkan tadbir urus kepada pihak British.

Walaupun RUU yang dicadangkan itu tidak mendapat jumlah sokongan ahli parlimen yang diperlukan untuk diluluskan, pengkritik bimbang ia akan mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat. – Al Jazeera / HARAKAHDAILY 20/11/2024

– Advertisement –

Scroll to Top