”Pulangkan Anak Aku Dalam Keadaan Sempurna Seperti Dia Dilahirkan” – Doa Ibu Nidza Afham | Oh! Media

”Pulangkan Anak Aku Dalam Keadaan Sempurna Seperti Dia Dilahirkan” – Doa Ibu Nidza Afham | Oh! Media

Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam pada jam 6.35 petang tadi. 

BACAPolis Sahkan Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah

Menurut laporan Oh! Bulan, ibu kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irni Yusmira Istihat reda dengan pemergian anak tercinta.

Bukan tu jer, Irni juga bersyukur kerana jenazah arwah anaknya itu dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecederaan.

Ketika saya dan anak bongsu jumpa telefon serta dompet di jambatan, saya sudah dapat rasakan mungkin dia berada di bawah.

Jadi balik pada malam itu, saya solat dan mohon pada Allah “pulangkanlah anak aku dalam keadaan yang sempurna seperti dia dilahirkan dengan sempurna.

Saya reda dan hati saya benar-benar tenang apabila lihat dia dalam bilik forensik dengan keadaan tiada satu pun yang patah, Allah bagi saya kesempurnaan.

Kalau ada yang berniat jahat dengan anak saya, pasti dapat balasan. Allah itu ada, Allah itu satu.

Ibu kepada arwah juga akan serahkan semuanya kepada pihak polis selepas pihak media bertanya adakah keluarga ingin meneruskan siasatan tentang punca kematian arwah.

Saya tidak mahu fikir yang itu, perkara itu bukan tugas saya. Saya serahkan kepada pihak polis.


Scroll to Top