Pendedahan bekas isteri kepada PU Abu, Hana Azraa berkenaan dirinya yang dikatakan masih diganggu bekas peserta program realiti bercorak keagamaan itu telah mendapat perhatian ramai.
Hana telah mendedahkan beberapa bukti tangkapan layar perbualan bekas suaminya dengan ahli keluarga yang dilihat masih ingin menggangu dirinya.
Dia yang turut berada di Tanah Suci ketika ini menyatakan PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mokhtar juga berada di hotel tempatnya menginap.
Disebabkan isu tersebut viral, PU Abu telah membuat siaran langsung menerusi Instgramnya dengan menjelaskan semua tuduhan yang dibuat oleh Hana.
Menerusi rakaman siaran langsung yang dimuat naik semula oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @beritahairanmy, Abu telah menjelaskan perihal kes nikah cerai dirinya dengan wanita terbabit.
Ujarnya, segala keputusan nanti biarkan ditentukan oleh pihak mahkamah dan apabila sudah ada pengesahan, barulah dia akan berkongsi kepada orang ramai.
@beritahairanmy PU Abu beri penjelasan tentang dakwaan masih kacau Hana Azra (bekas isteri) #beritahairan #puabu #bekasisteri #gilatalak
PU Abu yang ke Madinah atas urusan kerja telah memaklumkan yang Hana ke sana atas urusan umrah dan dia sama sekali tidak bercadang bertemu wanita itu di hotel.
Hal tersebut menjadi kekeliruan selepas ada pihak yang memaklumkan kepada Hana bahawa Abu Sufyan ada di bawah hotel ketika itu, sedangkan PU Abu ke sana kerana membawa sepupunya makan.
“Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan.” jelasnya.
Dalam pada itu, PU Abu juga mengakui ada menghubungi ibu kepada Hana atas urusan Mateen iaitu anaknya bersama wanita terbabit dan ia dilakukan pada seminggu yang lalu. Dia juga tidak mencari Hana dan hanya ingin mengetahui perkembangan anak mereka sahaja.
Diakhir pengjelasan pendakwah tersebut, dia sama sekali tidak ingin mengaibkan sesiapa kerana tindakan yang dilakukan sebelum ini iaitu memuji isterinya adalah atas rasa menghargai wanita tersebut.
Dia juga memohon maaf andai ada yang terasa dengan perkongsian terbabit dan sama sekali tidak bermaksud menyakitkan hati mana-mana pihak.
Sumber: TikTok @beritahairanmy