PRU-15: UPKO mampu buat kejutan di Penampang

PRU-15: UPKO mampu buat kejutan di Penampang

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dilihat boleh membuat kejutan untuk merampas semula kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick dijangka bersaing bagi merebut kerusi Parlimen Penampang yang kini disandang oleh Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Darell Leiking.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, UPKO boleh mendatangkan kejutan sekiranya mereka bekerja keras.

Beliau berkata, calon UPKO mempunyai potensi yang besar untuk merampas kerusi parlimen itu daripada Warisan selepas Pakatan Harapan (PH) menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

ā€œPencalonan Anwar itu sudah pasti menjadi tarikan kepada pengundi di Penampang untuk mengundi calon PH,ā€ katanya.

UPKO yang dahulunya merupakan parti komponen Barisan Nasional kini telah bernaung di bawah PH Sabah.

Selepas PRU14, UPKO keluar daripada Barisan Nasional dan menjalin kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri Sabah.

Pada PRU kali ini, trend pengundi dilihat akan cenderung untuk memilih calon dan bukannya parti.

Maka, faktor kredibiliti calon serta manifesto yang realistik akan menyumbang kepada kemenangan kepada calon-calon parti yang bertanding.

Selain calon UPKO dan Warisan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kenny Chua dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) juga disebut-sebut sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Penampang.

Setakat ini, tiga parti dijangka bertanding di kerusi Parlimen Penampang yang dahulunya merupakan kerusi tradisi UPKO.

Kerusi Penampang mula dimenangi oleh bekas Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok pada 2008 yang bertanding di bawah tiket BN.

Darell dianggap sebagai ā€˜giant killerā€™ apabila berjaya menumbangkan Bernard Dompok pada 2013 semasa mewakili PKR pada PRU13. ā€“ UTUSAN

Ā 

Scroll to Top