Sejak dilancarkan pada 16 Disember lalu, Proton e.MAS kini menjadi kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia, dengan penguasaan 25% daripada pasaran EV di negara ini!
Proton e.MAS kuasai pasaran EV Malaysia
Menurut laporan Kosmo, model SUV EV segmen-C ini telah menerima lebih 4,000 tempahan, dan 3,000 unit tambahan kini ditawarkan dengan pakej manfaat pelancaran dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang.
421 Unit Proton e.MAS sudah diserahkan
Dalam bulan pertama operasinya, Proton telah berjaya menghantar 421 unit kepada pelanggan, sekaligus menjadikan e.MAS sebagai EV paling laris di Malaysia untuk bulan Januari.
Dengan 30 cawangan Proton e.MAS yang kini beroperasi, lebih 80% tempahan adalah untuk model premium, menunjukkan permintaan tinggi terhadap model ini.
Lebih banyak unit dijangka tiba dalam tempoh beberapa bulan akan datang, selari dengan pembukaan cawangan-cawangan baharu di seluruh negara.
![Proton e.MAS Jadi EV Paling Laris Di Malaysia! | Oh! Media Proton e.MAS Jadi EV Paling Laris Di Malaysia! | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-img_9120-1000x600.jpeg)