Proton akhirnya sah akan melancarkan kereta elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7 pada 16 Disember 2024.
Berita ini diumumkan melalui imej acah yang dimuat naik di media sosial rasmi mereka dan tempahan awal sudah dibuka sejak November dengan anggaran harga bermula RM120,000.
Proton e.MAS 7 hadir dengan dua varian
Menurut laporan Amanz, model ini hadir dengan dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium. Varian Prime dilengkapi bateri 49.52 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 345 km, manakala versi Premium menawarkan bateri 60.22 kWh dengan jarak pemanduan maksimum 410 km.
Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas DC dengan kapasiti maksimum masing-masing 80 kW dan 100 kW.
Keupayaan dan ciri-ciri canggih Proton e.MAS 7
Model SUV ini menggunakan motor elektrik 160 kW dengan kuasa 218 PS yang boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 6.8 saat dengan kelajuan maksimum pula mencapai 175 km/j.
Versi Premium hadir dengan tambahan seperti bumbung lut cahaya boleh buka, 16 pembesar suara, paparan HUD, dan tempat duduk yang ada pengudaraan.
Kedua-dua varian turut dilengkapi Autonomous Driving Tahap 2, paparan infotainmen 15.4 dengan resolusi 2K dan penghawa dingin dengan penapis udara N95.
Rebat dan tawaran istimewa
Tempahan awal menawarkan rebat RM500 dan hadiah bernilai RM1,000 bagi pembeli sebelum pelancaran rasmi. Ini adalah peluang terbaik untuk peminat EV mendapatkan model yang penuh gaya dan prestasi.
#OhmediaNasihat
Proton menunjukkan komitmen terhadap teknologi hijau dengan melancarkan EV pertama mereka. Bagi korang yang nak beralih kepada kenderaan elektrik, ini mungkin peluang terbaik untuk memulakan langkah ke arah gaya hidup lebih mesra alam. Jangan lepaskan tawaran istimewa tempahan awal ini sebelum terlambat!