Proton Akhirnya Lancarkan Kilang CKD Di Mesir | Oh! Media

Proton Akhirnya Lancarkan Kilang CKD Di Mesir | Oh! Media

Akhirnya Malaysia telah melancarkan kilang pemasangan tempatan (CKD) untuk model Proton Saga di Giza, Mesir, sebagai usaha memperluaskan kerjasama antarabangsa dan membuka laluan kepada pasaran Afrika. 

Menurut laporan Harian Metro, projek ini adalah sebahagian daripada visi besar Malaysia untuk membina hubungan yang lebih erat dan memberi impak ekonomi kepada kedua-dua negara dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komitmen Malaysia dan Mesir dalam industri automotif

Perdana Menteri juga berkata yang usaha bersama ini adalah untuk mengembangkan industri automotif tempatan di Malaysia dan Mesir. 

Kilang Proton Holdings Berhad di Mesir itu dijangka akan memulakan operasi pada bulan depan. Cepat kan?

Perkara itu juga menjadi simbol kepercayaan dan persahabatan yang telah lama terjalin antara negara kita dan Mesir.

Pembukaan kilang CKD Proton ini membuktikan komitmen antara dua negara direalisasikan iaitu kita mahu menjadikan Mesir sebagai hab perdagangan bagi rantau Afrika, manakala Malaysia pula menjadi hab mereka bagi Asia Tenggara.

Sasar sebanyak 16,000 Unit pengeluaran untuk Proton Saga

Proton Saga Mesir

Malaysia dan Mesir sasar sebanyak 16,000 unit pengeluatan untuk Proton Saga dalam tempoh tiga tahun, bermula dari tahun 2024 hingga 2026. 

Projek ini dianggarkan bernilai RM570 juta dan diharap dapat meningkatkan pengaruh Proton di pasaran automotif Afrika.

Selain dapat membantu meningkatkan pengeluaran, pelancaran kilang ini juga dapat membuka peluang pekerjaan dan mengukuhkan rangkaian perdagangan antarabangsa. 

Bukan tu jer, langkah ini menjadikan Mesir sebagai pintu masuk bagi Proton ke pasaran Afrika.


Scroll to Top