PROMAS, Zajas jalin kerjasama halal

PROMAS, Zajas jalin kerjasama halal

KUALA LUMPUR – Persatuan Perniagaan Promas Antarabangsa Malaysia (PROMAS) tampil agresif sebagai peneraju industri perdagangan halal Malaysia – China.

Presidennya, Datuk Chong Chong Tik berkata, PROMAS komited menjadikan China sebagai rakan dagangan halal terbesar di ASEAN dan dunia.

Bagi merealisasikan matlamat itu, PROMAS telah mengundang puluhan pelabur dari China untuk mendapatkan info lengkap berkaitan pensijilan halal Malaysia dalam satu sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, PROMAS terus mengambil langkah proaktif menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik Halal Jakim iaitu syarikat Zajas Sdn Bhd bagi melancarkan usaha perolehan pensijilan halal kepada syarikat pengeluar produk makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan lain-lain di China.

Matlamat utama adalah untuk memperkenalkan standard pematuhan pensijilan halal Malaysia di China dan meluaskan pasaran produk halal Malaysia- China ke seluruh dunia.

Majlis mendatangani MoU itu disaksikan oleh Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Puan Sri Susan Cheah; Presiden Dewan Perniagaan Malaysia- China, Loo Kok Seong; Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Pusat Perdagangan Luar China, Chen Yun; Ahli Parlimen Cheras,Tan Kok Wai, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyidin Aziz Saari, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

Majlis mendatangani MoU itu disaksikan oleh Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Puan Sri Susan Cheah; Presiden Dewan Perniagaan Malaysia- China, Loo Kok Seong; Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Pusat Perdagangan Luar China, Chen Yun; Ahli Parlimen Cheras,Tan Kok Wai, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyidin Aziz Saari, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami untuk menyokong dan mengembangkan potensi industri halal global.

“PROMAS komited terhadap seruan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membantu usahawan China dalam memahami dan mendapatkan pensijilan halal,” katanya Majlis menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) antara PROMAS dengan Zajas Sdn Bhd, di sini, pada Rabu.

PROMAS diwakili Chong Tik, manakala Zajas Sdn Bhd diwakili Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Jaafar.

Majlis mendatangani MoU itu disaksikan oleh Presiden Kehormat Sepanjang Hayat; Puan Sri Susan Cheah; Presiden Dewan Perniagaan Malaysia- China, Loo Kok Seong; Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Pusat Perdagangan Luar China, Chen Yun; Ahli Parlimen Cheras,Tan Kok Wai, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Muhyidin Aziz Saari, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

Majlis itu turut dihadiri lebih 120 pemain industri halal dari China dan beberapa pengusaha tempatan.

Dalam pada itu, Chong Tik berkata, tanggungjawab yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memandu usahawan China untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia seliaan Jakim.

Usaha murni ini juga dapat membantu usahawan tempatan untuk menerokai pasaran halal antarabangsa.

Scroll to Top