am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital bersama TV3 dan Alternate Records berlangsung meriahnya di Balai Berita, Bangsar hari ini.
Majlis yang mendapat sokongan padu penaja utama, F&N dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi dihadiri barisan pengurusan Media Prima, F&N, Pepper Labs, pasukan Dapur Digital serta artis di bawah naungan Alternate Records.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada bekas peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) antaranya Marygrace, Kai Deva, Mariam dan Zazzleen.
Diikuti persembahan memukau oleh Ameerais, Suara, Zizi Safira dan Wanie Ooi.
Sementara selebriti Media Prima lain yang turut serta memeriahkan acara termasuklah Mior Malek Raiyani, Amirulhakim Lokman, Fariha Onn, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Rena Hazrena, Fahmi Izzudin dan Asrulnizam Kadir.
Turut menarik perhatian demonstrasi penyediaan teh tarik oleh peserta Dapur Digital Kerinchi, iaitu Puan Masri Md Husin yang menggunakan produk F&N sekali gus menyuntik elemen interaktif dan mempererat hubungan dalam suasana penuh kemesraan dan nostalgia.
Sajian istimewa juga menjadi tumpuan majlis pada pagi ini, disediakan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi yang menampilkan juadah raya seperti nasi tomato, mi kari, popia karbonara, puding karamel, agar-agar sirap, sirap bandung dan teh tarik, semuanya menggunakan produk F&N seperti Krimer Manis dengan Kalsium dan Krimer Sejat Penuh Krim Ideal. Minuman 100Plus Active dan 100Plus Zero turut disajikan sebagai pelengkap yang menyegarkan.
Majlis ini juga merupakan penutup rasmi bagi kempen Dapur Panas Digital.
Program ini bertujuan memperkasakan wanita komuniti B40, khususnya usahawan daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR), dengan memberi mereka peluang untuk berniaga dan meningkatkan potensi diri sepanjang Ramadan lalu.
Melalui kempen ini, para usahawan PPR diberi ruang untuk menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Kg Baru (Jalan Raja Uda), Bangsar Baru (Jalan Telawi) dan Seksyen 1 Wangsa Maju.
Hidangan yang dijual menggunakan produk F&N sebagai bahan utama, manakala 100Plus Active dan 100Plus Zero ditampilkan sebagai minuman rasmi sepanjang kempen.
Kehadiran selebriti Media Prima seperti Fiza Sabjahan, Rena Hazrena, Fatin Hamimah, Nurin Ramzyn, Fariha Onn dan Nabilah Wazer turut menggamatkan suasana di tapak bazar.
Bagi yang ingin menyaksikan perjalanan inspirasi para wanita hebat Dapur Panas Digital, kandungan digital boleh ditonton di media sosial rasmi TV3 dan jangan lepaskan peluang menyaksikan segmen khas menerusi Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin, 28 April ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd