Prestasi ditegur coach media sosial? Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaiannya dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 pada Jumaat lalu.
Akui Jojo atau Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, dia hampa dan bengang apabila dikritik melampau segelintir individu susulan kekalahannya di tangan jaguh Columbia, Johan Estupinan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, atlet berusia 18 tahun itu berkata, dia baru sedar ternyata Malaysia mempunyai ramai pakar dalam sukan berkenaan.
“Lepas Jojo berlawan haritu, Jojo baru sedar yang Malaysia mempunyai banyak grandmaster yang sangat pakar dalam sukan muay thai ni, minta maaf ya semua ‘coach’ socmed yang tidak puas hati dengan prestasi Jojo.
“Insyallah, lain kali aku pergi training dengan korang je,” tulisnya sinis di Instagram Story.
Kenyataan itu jelas menunjukkan Jojo tidak senang dengan kritikan yang tidak berasas dan membina selepas beliau sudah berusaha sehabis baik untuk mengharumkan nama negara.
Prestasi ditegur, Jojo Ghazali balas sinis
Pun begitu, atlet kacukan Amerika Syarikat itu tetap berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong sepanjang perjalanan kariernya.
“Kadang kadang Jojo terlalu focus pada perkara negatif Jojo terlupa dengan apa yang Jojo ada.
“TERIMA KASIH. Demi supporter aku, aku akan bangkit. Lain semua boleh pegi MAMPUS!”katanya lagi.
Artikel lain: Jojo Ghazali tak gentar! Tekad balas dendam & kalahkan Estupinan
Semalam, Jojo Ghazali memaklumkan dirinya tak gentar dan bertekad membalas dendam ke atas Johan Estupinan dari Colombia dalam pertarungan ulangan kelak selepas tewas dengan keputusan pengadil pada Jumaat lepas.
Meskipun tewas, beliau gembira kerana berjaya mempamerkan peningkatan dalam pertarungan itu terutamanya aspek tendangan dan pergerakan, namun mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki sekiranya mahu mencapai kelas dunia.
Sumber: IG johanghazali_