Presint 11 'lubuk' banjir kilat, PPj ambil langkah bendung

Presint 11 'lubuk' banjir kilat, PPj ambil langkah bendung

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) sudah memasang alat pengesan Internet of Things (IoT) di saliran sekitar kawasan Presint 11 di sini, bagi mengelak banjir kilat berulang.

Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, siren akan berbunyi sebanyak tiga kali sekiranya air melepasi tahap tiga meter dan pengumuman akan dibuat kepada penduduk bagi mengalihkan kenderaan yang di parkir di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sistem amaran berpusat ini dikendalikan oleh PPj dan akan memberi maklumat segera kepada penduduk sekiranya berlaku banjir kilat.

Katanya, hanya kawasan jalan raya di Presint 11 di sini, dikesan berada di lokasi rendah berbanding kawasan lain namun ia tidak membabitkan kawasan kediaman penduduk.

“Bagi kawasan lain, PPj sudah melakukan penambahbaikan sistem saliran bagi membolehkan larian air mengalir cepat sekiranya hujan turun lebat,” katanya malam tadi.

Media pada 8 Disember lalu melaporkan, sebanyak 20 kenderaan penduduk rosak akibat ditenggelami banjir kilat selepas hujan lebat berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11 di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top