Polis tunggu keputusan sampel DNA

Polis tunggu keputusan sampel DNA

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Proses bedah siasat mayat wanita hampir reput yang ditemui di kawasan perindustrian Tabuan Jaya, Kuching, pada 14 Disember lalu, sudah selesai.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, identiti wanita berkenaan masih belum dapat disahkan.

“Identiti belum sah lagi kerana masih menunggu keputusan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang sudah diambil.

“Proses bedah siasat sudah dibuat tetapi kita tunggu keputusan DNA,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 20-an direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ling Hui Chuan, selepas menerima permohonan yang dikemukakan oleh polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mayat yang hampir reput itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top