Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan nahas pesawat syarikat penerbangan Jeju Air pada 29 Disember 2024 yang telah mengorbankan 179 nyawa dan hanya dua penumpang dilaporkan terselamat.
Kemalangan pesawat Boeing 737-800 itu berlaku, semasa mendarat secara kecemasan sebelum melanggar penghadang dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.
BACA: Syarikat Jeju Air Mohon Maaf Selepas Lebih 170 Terkorban Dalam Nahas
Terbaru, menerusi laporan agensi media Yonhap, polis Korea Selatan telah menghantar kira-kira 30 pegawai penyiasat untuk menyerbu pejabat lapangan terbang Muan dan pejabat Jeju Air di Seoul.
Polis mahu kumpul, siasat bukti nahas
Menurut pegawai polis yang bertugas, serbuan ini bertujuan mendapatkan bukti berhubung kesahihan ‘localiser’ lapangan terbang, struktur konkrit yang menempatkan susunan antena berhampiran landasan serta rekod komunikasi antara menara kawalan dan juruterbang sebelum insiden nahas berlaku.
Waran geledah telah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian.-Katanya
CEO Jeju Air dilarang keluar negara, saksi penting kemalangan
Dalam pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air, Kim E-bae, telah dilarang meninggalkan Korea Selatan berikutan siasatan terhadap kemalangan pesawat syarikat itu masih berjalan.
Polis berkata, mereka menganggap Kim sebagai saksi yang penting untuk memberikan maklumat berharga mengenai insiden tersebut.
Selain Kim, seorang individu lagi yang dikatakan pegawai kanan syarikat itu juga dikenakan larangan perjalanan.