hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Ada, kita terima dua laporan petang semalam (3 Februari) daripada Naib Canselor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Mohd Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa Ahad lalu.
Beliau turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dibuat berhubung fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa hasil audit universiti tersebut menunjukkan ada salah guna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan yang mengaitkan nama Mohd Ekhwan.
© New Straits Times Press (M) Bhd