Polis sahkan insiden tular lelaki ditetak di kepala

Polis sahkan insiden tular lelaki ditetak di kepala

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Lelaki cedera ditetak di kepala dengan senjata dipercayai pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan deretan kedai dekat kawasan tumpuan awam di pusat bandar ini.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial menunjukkan keadaan mangsa berlumuran darah, selain senjata dan individu dipercayai suspek yang berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita ada menerima laporan polis pada 2.52 petang tadi. Suspek sudah ditangkap. Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Raub berkata, mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top