Polis sahkan aktiviti korek di lokasi tragedi paip gas

Polis sahkan aktiviti korek di lokasi tragedi paip gas

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat aktiviti mengorek tanah dilakukan berhampiran lokasi letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, pada 30 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Hussein Omar Khan bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kerja pengorekan tanah itu adalah punca kejadian terbabit.

Katanya, pihaknya telah mengumpul bukti mengenai insiden tersebut termasuk rakaman video dan saksi yang melihat kebakaran tersebut.-UTUSAN

Scroll to Top