Polis Nafi Kanak-Kanak Di Subang Jaya Jadi Mangsa Cubaan Culik Tapi Mungkin Kena Gangguan Seksual | Oh! Media

Polis Nafi Kanak-Kanak Di Subang Jaya Jadi Mangsa Cubaan Culik Tapi Mungkin Kena Gangguan Seksual | Oh! Media

Polis menafikan dakwaan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang kononnya menjadi mangsa cubaan culik di kawasan masjid di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menjelaskan siasatan mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun itu mungkin menjadi mangsa amang seksual.

Lelaki itu bertanya nama dan alamat rumah kanak-kanak tersebut, yang menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.- Katanya.

Kejadian itu kemudiannya diberitahu kepada seorang perempuan tempatan, yang menjadi pengadu kes. Video dan gambar kejadian juga diterima daripada ibu kenalan mangsa, memaparkan rakaman CCTV yang tular di Facebook. Walau bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada cubaan penculikan berlaku.

Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mencetuskan kegusaran awam. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan keluarga.- Tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Shabilah Zulkifle di talian 010-266 7017 atau balai polis berhampiran.