Polis kesan lelaki rakam bawah kain wanita di pasar raya

Polis kesan lelaki rakam bawah kain wanita di pasar raya

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis giat mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak sopan dengan cuba merakam dari bawah kain seorang wanita dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa ada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

“Wanita berkenaan melaporkan dia dirakam seorang lelaki tempatan ketika membeli belah di sebuah pasar raya di Jenjarom.

“Selepas sedar dirakam, mangsa kemudian membuat pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan melihat lelaki itu mengangkat kainnya seterusnya merakam ke arah bawah kain.

“Susulan laporan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang awam dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di 03-31872222,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top