Baitulmaqdis: Polis dan pasukan keselamatan Hamas beroperasi di Gaza pada Isnin, hari kedua gencatan senjata dengan Israel di wilayah yang dilanda perang.
Ia disaksikan oleh wartawan AFP yang berada di lokasi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Hamas bagi wilayah itu, Mahmud Abu Watfah, memeriksa polis bersenjata dengan sebahagiannya kepenatan dan yang lain berpakaian hitam, sebelum mereka meronda di jalan dekat Bandar Gaza yang musnah dibom.
“Kami mengambil berat terhadap keselesaan dan perlindungan mereka yang berkorban dengan penentangan, dan membayar harga mahal untuk perang berdarah ini,” kata Mahmud.
Beliau berkata, polis juga mahu mengawal keadaan di lapangan sekiranya berlaku sebarang huru-hara.
“Ia dicapai bermula jam pertama penempatan kementerian dalam negeri (pasukan) dan pasukan keselamatan,” katanya.
Pemimpin Israel termasuk Perdana Menteriya, Benjamin Netanyahu berulang kali berkata, matlamat perang di Gaza adalah untuk merungkai keupayaan ketenteraan dan tadbir urus Hamas.
Israel bertegas bahawa objektif itu akan dicapai walaupun perjanjian gencatan senjata berdepan tengah kritikan hebat daripada anggota sayap kanan gabungan pemerintah Netanyahu.
Ia kerana gabungan itu menuntut disambung semula operasi ketenteraan selepas fasa pertama gencatan senjata selama enam minggu berakhir.
Perjanjian itu menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan yang dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel.
© New Straits Times Press (M) Bhd