“Polis Indonesia Tolong Ajar Sikit!” – Michael Ang Berang Ammar Nazhan Buat Content Memalukan Negara

“Polis Indonesia Tolong Ajar Sikit!” – Michael Ang Berang Ammar Nazhan Buat Content Memalukan Negara

Pengarah dan selebriti terkenal, Michael Ang meluahkan rasa berang terhadap YouTuber, Ammar Nazhan susulan tindakannya yang didapati membuat content palsu kehilangan rakannya, pempengaru Eyka di tengah hutan Bandung, Indonesia.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Michael menggesa pihak polis Indonesia untuk menahan Ammar dan rakan-rakan yang terbabit dalam aktiviti tersebut bagi memberi pengajaran setimpal kepada mereka.

Michael berpendapat bahawa perbuatan mereka itu telah memalukan serta mencemarkan nama Malaysia.

“These idiots memalukan Malaysian! Nak buat content pun takkan la sampai buat hoax (menipu). Mana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf.

“Sorry la, polis Indonesia sila sumbat dia dalam penjara, bagi ajar sikit. Kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik Malaysia. Agak-agak la nak buat duit dan tambah followers,” katanya.

Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada Rabu, 5 Februari selepas hilang sejak tiga hari lalu di dalam semak samun hutan Bandung, Indonesia.

Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau nama sebenarnya, Nur Syafiqah pada jam 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranomal di hutang Bandung, Indonesia.

Difahamkan, seramai 20 orang telah mengikuti membuat akviti tersebut namun hanya 7 orang sahaja yang memasuki hutan dan salah seorang adalah Eyka ketika itu sedang datang bulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dedah Perbualan WhatsApp, Caprice Dakwa Kes Influencer Hilang Di Bandung Kisah Palsu?

Scroll to Top