Polis dedah sebahagian kanak-kanak GISBH di’bin’kan Abdullah

Polis dedah sebahagian kanak-kanak GISBH di’bin’kan Abdullah

Pihak polis dedah sebahagian kanak-kanak GISBH di’bin’kan Abdullah berkemungkinan kerana perkahwinan awal tidak didaftarkan.

Kahwin tak daftar, sudah mengandung baru daftar

Memetika laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan yang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenalpasti ibu bapa kepada  392 kanak-kanak yang diselamatkan sewaktu serbuan di 20 buah rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

“Kita (polis) mendapati mereka ini kemungkinan tidak tahu anak mereka sudah diselamatkan polis.
“Mungkin juga mereka ini tidak tampil kerana sebelum ini (pihak pengurusan) GISBH mengaku mereka ini anak yatim.
“Malah siasatan mendapati, sebahagian kanak-kanak ini sudah di bin kan dengan Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak didaftarkan. Apabila mengandung baru daftar di Pejabat Agama Islam Negeri mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sebahagian kanak-kanak GISBH mungkin adik beradik

Dalam pada itu, Razarudin memaklumkan bahawa kesemua individu masih belum tampil untuk diambil keterangan.

Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada di antara kanak-kanak GISBH tersebut merupakan adik beradik.

Artikel lain: Tular video dakwa budak lelaki didera di rumah amal, dada dipijak dengan lutut

Mungkin ibu bapa kanak-kanak GISBH tidak tahu anak2 diselamatkan

Beliau juga memberitahu seramai 149 kanak-kanak berusia antara setahun sehingga 10 tahun diberi perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di empat lokasi selamat.

Manakala baki 243 mangsa masih ditempatkan di Pulapol dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

 kanak-kanak GISBH

Terdahulu, pihak polis dibantu beberapa agensi telah menjalankan Op Global sekitar jam 6 hingga 11 pagi di 20 buah rumah amal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat perniagaan bermotifkan agama bagi menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja sekitar usia setahun hingga 17 tahun di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu.

Disyaki seramai 201 kanak-kanak serta remaja lelaki serta 201 perempuan telah menjadi mangsa pengabaian, penganiayaan dan eksploitasi.

Susulan daripada Op Global tersebut, 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro (Skuad Khas Harian Metro)

Scroll to Top