Polis Dedah Punca Norshamira Meninggal Dunia | Oh! Media

Polis Dedah Punca Norshamira Meninggal Dunia | Oh! Media

Tragedi pembunuhan kejam yang menimpa, Norshamira Zainal, 37, semakin mendapat perhatian selepas punca kematiannya disahkan berpunca daripada hentakan di kepala oleh objek tumpul serta lemas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, hasil siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan teruk sebelum ditemukan maut di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada 13 Februari lalu.

Setakat ini, hasil siasatan awal menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan di kepala oleh objek tumpul atau keras serta lemas.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.- Katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa mayat Norshamira ditemukan dalam keadaan mencurigakan. Suspek yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam itu juga sudah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

BACA: Suspek Bunuh Norshamira Sempat Gadai Gelang Emas RM30,000

#ApaKataOhmedia

Tiada apa yang kita semua boleh harapkan selain mahukan pelaku kejam ini menerima hukuman paling kejam! Semoga arwah tenang di sana, Al-Fatihah.


Scroll to Top