mhafis@mediaprima.com.my
Kajang: Polis memburu seorang lelaki terbabit kes rumah di Bandar Baru Bangi dipecah masuk sehingga tular di media sosial Facebook (FB).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, Polis Daerah Kajang mengesahkan pada jam 11.15 malam Sabtu lalu, menerima laporan dari lelaki berusia 38 tahun menyatakan pada jam 7.47 malam dia mendapati rumah ibu mentuanya di kawasan Bandar Baru Bangi dipecah masuk di mana dua cincin dicuri dan dilarikan.
Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menampakkan wajah suspek dipercayai lelaki bangsa tidak pasti sedang melakukan perbuatan terbabit.
“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai lima tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.
“Suspek yang dipercayai terlibat sedang giat dikesan dan sekiranya sesiapa mempunyai maklumat mengenai kejadian serta suspek ini boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan NorlizaSarini di talian 013-3843868 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd