Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Kenyataan Teresa Kok Berkaitan Sijil Halal | Oh! Media

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Kenyataan Teresa Kok Berkaitan Sijil Halal | Oh! Media

PDRM hari ini memaklumkan telah menerima 5 laporan berkaitan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung sijil halal JAKIM.

BACA: PMX Jawab Kenyataan Dari Pemimpin DAP Mengenai Sijil Halal Yang Dikatakan Tambah Beban Peniaga

Sebelum itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengatakan kenyataan dari Teresa Kok adalah bersifat peribadi.

sijil

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengatakan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Prosedur operasi standard (SOP) siasatan babit 3R (kaum, agama dan institusi raja) akan dijalankan setelah laporan polis diterima.

Semua saksi juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Oleh yang demikian, PDRM memberi nasihat kepada rakyat Malaysia supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau membalas kenyataan yang boleh mencetuskan kegentaran awam dan mengapi-apikan antara kaum.

Ia juga merupakan satu kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.