Polis Berjaya Tangkap Suspek Bunuh Norshamira | Oh! Media

Polis Berjaya Tangkap Suspek Bunuh Norshamira | Oh! Media

Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, suspek berusia 53 tahun itu ditangkap pada jam 5.30 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Tangkapan tersebut dibuat hasil operasi bersama pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang dan Terengganu.

Polis jumpa barang bukti ada dengan suspek…

Susulan penahanan suspek, pihak polis turut menemui beberapa barang bukti yang dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan ini.

Polis telah menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.- Jelas Wan Mohd Zahari.

Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan pada hari yang sama bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berjaya diselesaikan…

Dengan penahanan lelaki ini, pihak polis mengesahkan bahawa kes pembunuhan Norshamira Zainal telah berjaya diselesaikan.

âPihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.- Tambahnya lagi.

#ApaKataOhmedia

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Jika melihat sesuatu yang mencurigakan, segera laporkan kepada pihak berkuasa kerana maklumat yang diberikan boleh membantu menyelesaikan kes jenayah dengan lebih cepat.


Scroll to Top