Polis Akhirnya Ambil Keterangan Pelakon Lelaki Didakwa Pukul Kekasih | Oh! Media

Polis Akhirnya Ambil Keterangan Pelakon Lelaki Didakwa Pukul Kekasih | Oh! Media

Seorang pelakon lelaki popular yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera di Ara Damansara akhirnya dipanggil pihak polis untuk dirakam percakapan malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, suspek telah dipanggil, namun tidak ditahan selepas selesai proses rakaman dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mangsa dakwa dipukul di muka dan badan

Pelakon lelaki

Laporan awal mendedahkan bahawa kekasih kepada pelakon terbabit mendakwa dirinya dipukul di muka dan badan menggunakan tangan, dalam kejadian yang berlaku pada 7 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, turut memaklumkan bahawa kejadian seumpama ini pernah berlaku sebelum ini, namun laporan terdahulu telah ditarik balik oleh mangsa sendiri.

Mangsa juga pernah buat laporan polis pada tahun lalu atas kejadian sama oleh suspek yang sama, tapi aduan itu ditarik balik.

Kes masih dalam siasatan

pdrm

Buat masa ini, kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sementara menanti tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

Tak kira siapa pun kita, keganasan bukan perkara kecil. Kalau benar berlaku, mangsa harus tampil dan lindungi diri sebaiknya. Jangan diam!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top