Poligami tanpa izin isteri dianggap tak mampu – Ustaz Azhar Idrus

Poligami tanpa izin isteri dianggap tak mampu – Ustaz Azhar Idrus

Sejak semalam, isu poligami semakin hangat menjadi bualan ramai apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila  pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.

Mana tidaknya, Syamsul pada mulanya menafikan dia sudah berkahwin dengan Ira dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata sehingga mahu ‘saman’ pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pun begitu, Syamsul menegaskan pelakon, Puteri Sarah  masih isterinya yang sah dan berharap agar pulang ke pangkuannya bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka tanpa hebahkan aib di media sosial.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan ‘hukum’ seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada saha atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,”ujarnya.

Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.

Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.

Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.

“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.
@yatthamzah.official

Perbuatan yg sah tapi cara yg tak betul. Ianya tak adil dan dianggap tak mampu jika tak mampu berlaku adil pd isteri pertama. Jauh sekali untuk mengundang Rahmat Allah bila menganiaya dan mengabaikan perasaan isteri. . #poligami #yatthamzahshare #fromtheheartofAMujahidah #darihatiseorangmujahidah #Yattmengayat #bondayattshare

♬ original sound – YattHamzah.official – YattHamzah.official

Sumber: TikTok @yatthamzah.official